Pas yakinkan DAP, keamanan negara dipelihara

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas memilih jalan damai dengan menyambut cabaran politik bukannya dengan serangan mahupun peperangan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa negara tidak akan menghadapi masalah perkauman apabila Pas menjalin kerjasama rasmi dengan UMNO.

“Cabaran politik disambut dengan cabaran politik bukan serang-serang atau perang-perang. Negara tak ada masalah, perkauman tak ada masalah, kenapa bila Pas berpakat semula dengan UMNO dianggap ekstrem? Kita di Kelantan berapa puluh tahun tidak ada pun berlaku apa-apa.

“Tidak ada siapa pun yang isytihar nak perang dengan siapa-siapa dan tidak ada siapa yang nak polemikkan di antara kaum, tidak perlu kita cakap apa yang tidak akan berlaku,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/17422/BERITA/Politik/Tun-Mahathir-tiada-masalah-kerjasama-UMNO-Pas

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas jamin akan mengutamakan perpaduan dan kehidupan harmoni.

“Negara dan rakyat yang sejahtera hasil muafakat Pas dan UMNO, kita tidak akan menjadikan negara Taliban seperti yang disebut.

“DAP tak perlu takut Pas pernah ada dalam kerajaan sebelum ini, dalam BN negara harmoni tidak berlaku sebarang yang dibimbangi,” jelas Tuan Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Pas pernah menyertai BN selepas tragedi 13 Mei pada tahun 1969, dan kemudian memenangi kesemua 22 kerusi DUN yang dipertandingkan di Kelantan pada tahun 1974.