Lebih 500 pekebun kecil RISDA terjejas banjir

Mohd Salim (tengah) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Kuala Klawang.
Mohd Salim (tengah) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Kuala Klawang.
A
A
A

JELEBU - Lebih 500 pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Negeri Sembilan terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, bagaimanapun jumlah sebenar mereka yang terjejas dan kerugian ditanggung masih belum dapat dipastikan.

“Kita sedang mengumpul jumlah sebenar mereka yang terjejas, tetapi saya anggarkan seramai 500 hingga 600 pekebun kecil getah termasuk usahawan di bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) terlibat dalam musibah ini.

“RISDA bersimpati dengan ujian banjir yang melanda mereka dan akan berusaha membantu kerana banyak kerugian yang perlu ditanggung mereka,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan banjir di Pusat Khidmat Parlimen Jelebu di Kompleks UMNO Simpang Pertang di sini pada Jumaat.

Mohd Salim (tengah) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Kuala Klawang.
Mohd Salim (tengah) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Kuala Klawang.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Mohd Salim berkata, Yayasan RISDA telah menyumbang sebanyak 1,000 kotak makanan berserta tilam dan toto kepada mangsa banjir di Jelebu.

Katanya, bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM300,000 dan jika ada keperluan bantuan lain akan menyusul.

Artikel Berkaitan:

Mohd Salim sebelum itu terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah seorang mangsa banjir, Siti Nor Aishah Ab Rahman, 37, di Kampung Kuala Klawang di sini.

Menurut Siti Nor Aishah, selain menanggung kerugian, dia juga berdepan kesukaran untuk membersihkan rumah yang diselaputi lumpur tebal.

"Bila rumah ditenggelami banjir, banyak barang yang rosak dan bukan mudah untuk membersihkannya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kerana agak sukar buat saya dan suami memandangkan kami ada dua anak yang masih kecil," katanya.

Mohd Salim (tengah) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Kuala Klawang.
Mohd Salim (tengah) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Kuala Klawang.