Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.3 bilion

No Image Caption
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.3 bilion pada 15 Dis 2021, merosot daripada AS$116.7 bilion pada akhir bulan lalu.

BNM dalam kenyataan pada Rabu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek

Bank pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$6.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.8 bilion).

Katanya, aset-aset itu terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain termasuk SDR (RM487.58 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM627.31 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.87 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), serta aset-aset lain (RM20.01 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar RM100 juta, rizab (RM187.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM148.22 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM151.40 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.85 bilion), lain-lain deposit (RM6.07 bilion), kertas Bank Negara (RM7.95 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.17 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: