Jenazah Osman Sapian selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham diusung masuk ke kediamannya di Larkin, Johor Bahru untuk diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.
Jenazah Allahyarham diusung masuk ke kediamannya di Larkin, Johor Bahru untuk diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Taman Mount Austin di sini kira-kira jam 4 petang, Rabu.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di kediamannya di Larkin kira-kira jam 2.23 petang selepas bertolak dari rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur.

Sebaik selesai penghormatan terakhir oleh ahli keluarga, jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Ar Raudhah untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tapak Perkuburan Islam Ar Raudhah di Mount Austin untuk dikebumikan.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad.

Osman dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.45 malam akibat tekanan darah rendah di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada 13 Oktober media melaporkan Allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) kerana diserang strok ringan sebelum dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana tahap kesihatannya merosot.

Allahyarham Osman pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 bersama Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi kerusi DUN Kempas pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Beliau menjawat jawatan itu bagi tempoh 12 Mei hingga 8 April 2019 sebelum meletak jawatan dan diambil alih oleh ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Artikel Berkaitan: