Kanak-kanak 4 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit di sini pada Jumaat. - Foto hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit di sini pada Jumaat. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.43 petang sebelum menggerakkan 11 anggota ke lokasi kejadian.

"Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6.30 petang ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain di tepi pantai bersama ibu saudaranya.

"Mangsa yang ingin membasuh kaki di gigi air dihanyutkan ombak sebelum hilang dan dipercayai lemas di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Azmi berkata, operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan untuk mengesan mangsa.

"Anggota melaksanakan pencarian di permukaan air di sekitar pantai. Setakat ini operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.43 petang dan menggerakkan 11 anggota ke lokasi kejadian
  • Kejadian berlaku ketika kanak-kanak tersebut bermain di tepi pantai bersama ibu saudaranya dan ingin membasuh kaki
  • Kanak-kanak tersebut dihanyutkan ombak sebelum hilang dan dipercayai lemas
  • Operasi mencari dan menyelamat dijalankan untuk mengesan mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!