X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Lori bawa 5,000 karton rokok seludup dirampas

Sejumlah 5,000 karton rokok seludup dimuatkan ke dalam sebuah lori jenis Isuzu.
A
A

PASIR MAS - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Tumpat pada Selasa menumpaskan kegiatan penyeludupan 5,000 karton rokok dianggarkan bernilai RM 750,000 selepas menahan sebuah lori di Jambatan Ibrahim Ali, di sini.

Rampasan dilakukan pada jam 8.15 pagi itu turut menahan seorang pemandu lelaki yang berusia 51 tahun.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan Unit Risikan Marin yang menjalankan tugas Op Benteng Covid (Op Landai/Op Kontraban) siri 55/2021 mengesan sebuah lori jenis Isuzu dalam keadaan mencurigakan di lokasi lampu isyarat Kampung Sireh, Kota Bharu.

“Anggota bertindak mengekori lori tersebut namun pemandunya bertindak memecut laju.

“Kira-kira satu jam mengejar, polis berjaya menyekat lori dipandu suspek di Jambatan Ibrahim Ali, Pasir Mas. Pemandu lelaki tersebut cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Rabu.

Menurut Mohd Rudzuan, pemeriksaan ke atas lori tersebut menemui 100 kotak berisi 5,000 karton atau 1 juta batang rokok seludup dianggarkan berjumlah RM750,000 termasuk cukai manakala lori bernilai RM50,000 turut dirampas.

“Anggaran jumlah Keseluruhan rampasan yang bernilai RM 800,000 dan suspek diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!