PM Britain langgar peraturan lockdown?

Boris (dalam bulatan) didakwa sedang berparti bersama beberapa kakitangan beliau ketika lockdown pada tahun lalu. - Foto Agensi
Boris (dalam bulatan) didakwa sedang berparti bersama beberapa kakitangan beliau ketika lockdown pada tahun lalu. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Gambar memaparkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bersama lebih 12 individu ‘berparti’ di sebuah taman di Downing Street ketika lockdown dikuatkuasakan pada tahun lalu yang didedahkan akhbar The Guardian telah mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Timbalan beliau, Dominic Raab pada Isnin bagaimanapun menafikan laporan tersebut.

“Downing Street menggunakan taman itu sebagai sebahagian tempat bekerja. Oleh itu, ia jelas beliau tidak melanggar sebarang peraturan Covid-19,” katanya.

Difahamkan, ‘parti’ itu diadakan bersama kakitangannya ketika pemerintah melaksanakan langkah lockdown yang melarang rakyat terlibat sebarang acara sosial bagi mengekang Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: