Bekalan air dari LRA Semenyih 2 pulih sepenuhnya malam ini

LRA Semenyih 2 membekalkan semula air kepada pengguna di kawasan terjejas secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.
LRA Semenyih 2 membekalkan semula air kepada pengguna di kawasan terjejas secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Air dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan terjejas secara berperingkat dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan setakat 7 pagi ini operasi LRA Semenyih 2 telah dimulakan manakala operasi di LRA Sg Langat telah dimulakan sepenuhnya dan proses pemulihan bekalan akan diumumkan kelak.

“Bagi LRA Langat 2, proses pengepaman air mentah telah dimulakan. Proses pemulihan bekalan akan diumumkan kelak. Bagi LRA Cheras Batu 11, proses pembersihan loji rawatan air berikutan insiden banjir sedang dilaksanakan.

“Jangkaan untuk LRA Cheras Batu 11 beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor memaklumkan bantuan alternatif melalui lori tangki air masih lagi digerakkan secara berperingkat ke kawasan terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor dalam kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya terpaksa menghenti tugas satu lagi loji rawatan air iaitu LRA Semenyih 2 berikutan peningkatan paras air yang masuk ke rumah pam air mentah dan berikutan itu, sebanyak 70 kawasan di wilayah Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - Bernama

Artikel Berkaitan: