Sila log masuk terlebih dahulu.

El Nino: Paras air 5 LRA di Johor dipantau  

A
A
A
El Nino: Paras air 5 LRA di Johor dipantau

BERITA SEMASA 10 MEI 2023

Kerajaan Johor kini sedang memantau paras air di lima loji rawatan air (LRA) yang berisiko terjejas susulan fenomena El Nino ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata lima LRA berkenaan boleh berdepan tahap kritikal jika cuaca panas, kering dan tiada hujan berterusan sehingga Julai.

Lima LRA terbabit ialah LRA Lok Heng dan LRA Sungai Gembut (Kota Tinggi), LRA Bukit Batu (Kulai), LRA Sultan Iskandar (Johor Bahru) serta LRA Tenglu (Mersing).

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa