19 individu terperangkap tanah runtuh diselamatkan

Anggota bomba berjaya menyelamatkan 19 individu termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peres-Kuala Kelawang pada Ahad.
Anggota bomba berjaya menyelamatkan 19 individu termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peres-Kuala Kelawang pada Ahad.
A
A
A

SEMENYIH - Anggota bomba berjaya menyelamatkan 19 individu termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap akibat tanah runtuh di Jalan Genting Peres - Kuala Kelawang di sini pada Ahad.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.32 petang.

"Seramai enam anggota dan pegawai serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama 11 anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) bergegas ke lokasi kejadian," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Zulfikar berkata, pihaknya menemui dua lelaki di mana salah seorang daripada mereka cedera kerana dihempap pokok yang tumbang.

Seorang lelaki ditemui cedera dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peres- Kuala Kelawang pada Ahad.
Seorang lelaki ditemui cedera dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peres- Kuala Kelawang pada Ahad.

"Selepas itu kita menemui dua lagi lelaki berusia 22 dan 23 tahun pada jam 1.34 pagi tadi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menemui 17 lagi individu termasuk empat kanak-kanak berusia antara lima hingga 54 tahun pada jam 5.30 pagi.

"Kesemua mangsa ditemui selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: