Mayat dua lelaki Myanmar ditemui di perairan pantai Telok Kemang

Mayat mangsa ditemui diperairan Telok Kemang pada Isnin. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang
Mayat mangsa ditemui diperairan Telok Kemang pada Isnin. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang
A
A
A

PORT DICKSON - Dua lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di pantai Telok Kemang ditemui di perairan tersebut pada, pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, mangsa pertama dijumpai oleh nelayan pada jam 8.50 pagi dan mangsa kedua ditemui pada jam 9.57 pagi.

"Kedua-duanya dijumpai lebih kurang tiga batu nautika daripada tempat mangsa dipercayai lemas. Kerja-kerja pemindahan mangsa sedang dilakukan oleh pihak bomba dan Maritim Malaysia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.

Kedua-dua mangsa itu dikenal pasti sebagai Biak Lian, 38 tahun dan Van Lian Cung berusia 26 tahun merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

ARTIKEL BERKAITAN: Dua warga Myanmar dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai PD

SAR dua lelaki Myanmar dikhuatiri lemas masuk 32 jam

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, Bot Benteng 04 telah digerakkan ke lokasi untuk mengambil mayat tersebut manakala mayat kedua ditemui tidak jauh dari lokasi mayat pertama ditemui.

"Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan ingin menasihatkan khususnya kepada pengunjung di pantai peranginan supaya menangguhkan aktiviti di pantai ketika cuaca buruk bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua lelaki dipercayai warga negara Myanmar dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Telok Kemang berhadapan sebuah hotel di sini dalam kejadian pada tengah hari Sabtu.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat giat dijalankan oleh pasukan khas, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dengan kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).