Covid-19: 97.5 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 22,813,571 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat pada Ahad.

Berdasarkan portal Kementerian Kesihatan CovidNow, sejumlah 23,119,998 individu atau 98.8 peratus populasi dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Sementara itu, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,734,970 individu atau 86.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, manakala 2,833,424 remaja atau 90 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Selain itu, sejumlah 78,205 dos vaksin telah diberikan semalam yang melibatkan 1,325 dos pertama, 1,971 dos kedua dan 74,909 bagi penerima dos penggalak.

Justeru, jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sehingga semalam, meningkat kepada 55,882,568, termasuk 4,575,798 dos penggalak. - Bernama

Artikel Berkaitan: