288 mangsa banjir ditempatkan di tujuh PPS di Terengganu

Antara kawasan di naiki air di daerah Dungun.
Antara kawasan di naiki air di daerah Dungun.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu pada Isnin tidak banyak berubah berbanding Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataan berkata, sehingga jam 8 pagi Isnin, seramai 288 mangsa daripada 68 keluarga masih ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Dungun dan Kemaman.

Menurut kenyataan tersebut, lima buah PPS dibuka di Kemaman iaitu di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Kampung Ban Ho, Masjid Tebak Batu 16 dan Balairaya Lubuk Megat.

Katanya, dua PPS pula dibuka di Dungun iaitu di Dewan Orang Ramai Kg Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kg Shukur.

Kenyataan tersebut memberitahu, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tiada hujan di semua daerah di Terengganu pada Isnin.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan stesen sungai di Paya Paman, Kemaman menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu pada bacaan 4.51 meter (m).

Dua lagi stesen sungai di Kampung Ban Ho, Kemaman dan Jambatan Jerangau, Dungun menunjukkan paras bacaan melebih paras waspada iaitu 17.82m dan 11.15m.

Pada Ahad, banjir gelombang kedua di negeri tersebut merekodkan seramai 286 mangsa banjir ditempatkan di tujuh buah PPS di dua daerah sehingga jam 11.30 malam.

Artikel Berkaitan: