Banjir: Selangor wujud Pusat Koordinasi Sukarelawan

Mohd Khairuddin Othman
Mohd Khairuddin Othman
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Koordinasi Sukarelawan Selangor diwujudkan bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai banjir di Selangor.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia berpusat di Majlis Sukan Negeri Selangor, Kompleks Generasi Muda & Sukan, Seksyen 7, Shah Alam.

Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyertai misi bantuan bencana banjir di negeri berkenaan juga boleh menghubungi Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Mohamad Nizam.

Katanya, NGO terbabit juga boleh menghubungi Penolong Pengarah MSN, Zawahir Wazir (012 316 2080), Harlisa Rozikin (012-309 2040) dan Azri Ramli (012-695 2050).

"Tujuan pusat koordinasi ini adalah untuk menyelaras semua bantuan dan tenaga kerja sukarelawan yang ingin membantu misi bantuan bencana banjir di semua kawasan terlibat," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: