Buaya sesat muncul di Taman Mas Puchong

Kehadiran seekor buaya yang tular di Facebook pada Sabtu.
Kehadiran seekor buaya yang tular di Facebook pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kelibat seekor buaya 'tersesat' akibat banjir didakwa muncul di sebuah pangsapuri di Taman Mas Puchong pada Sabtu.

Video rakaman berdurasi 0.46 saat itu mula tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Video itu dirakam seorang individu yang memaklumkan menyedari kehadiran reptilia itu di sekitar pangsapuri terbabit.

"Nasib baik kita sedar awal (kehadiran buaya) memang sangat besar yang sedang berehat diam di situ," katanya menerusi perkongsian video terbabit.

Individu terbabit memberitahu, buaya ditemui itu kemungkinan dari Sungai Klang yang melimpah ke kawasan kediaman penduduk.

"Kita tidak mahu ambil risiko, kita keluar dari tempat ini," katanya.

Status dimuat naik di Facebook itu menerima pelbagai reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang turut menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita semak dahulu (dakwaan kehadiran buaya di pangsapuri berkenaan akibat banjir). Kita akan maklumkan semula," katanya.