Pejabat Ketua Menteri Sarawak nafi helikopter buat pendaratan cemas

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KUCHING - Pejabat Ketua Menteri Sarawak menafikan laporan bahawa helikopter yang membawa Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan rombongan terpaksa melakukan pendaratan cemas di sini pada petang Sabtu.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri, tidak timbul isu pendaratan cemas seperti yang dilaporkan kerana juruterbang telah memilih untuk mendarat di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) susulan cuaca buruk kerana hujan lebat dan tahap penglihatan yang rendah selepas Ketua Menteri itu bersama rombongannya pulang dari Gedong.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter bawa Abang Jo mendarat cemas kerana cuaca buruk

Kenyataan itu turut mengesahkan bahawa semua penumpang selamat.

Sebelum ini, satu klip video berdurasi 30 saat yang memaparkan helikopter itu membuat pendaratan cemas dalam keadaan cuaca buruk, tular di sosial media.

Abang Johari yang merupakan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah calon gabungan politik itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengundian pada Sabtu berlangsung dalam keadaan cuaca yang agak buruk di beberapa kawasan pilihan raya. - Bernama

Artikel Berkaitan: