Sila log masuk terlebih dahulu.

'Banyak kali hubungi anak, akhirnya bomba jawab'

Rolex Shapiai ketika ditemui di Hospital Shah Alam pada Sabtu
Rolex Shapiai ketika ditemui di Hospital Shah Alam pada Sabtu
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya cuba menghubungi dia beberapa kali tetapi tidak dapat, saya tidak sedap hati," kata bapa kepada salah seorang mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala Shah Alam pada Jumaat.

Rolex Shapiai, 53, ketika kejadian, dia berasa tidak sedap hati berikutan anaknya, Muhamad Rahimi Rolex, 27, masih tidak pulang dari kerja dan cuba menghubunginya beberapa kali tetapi gagal.

Dia cuba menghantar mesej menerusi WhatsApp kerana kebiasaannya jam 12 tengah malam anaknya yang bekerja sebagai mekanik sudah berada di rumah.

"Saya cuba menghubungi beberapa kali tetapi tidak dapat. Saya tidak sedap hati. Selang beberapa minit kemudian saya telefon lagi dan kali ini dijawab oleh seseorang yang tidak dikenali.

"Kemudian dia memperkenalkan diri sebagai bomba dan memberitahu bahawa kemungkinan anak saya sudah meninggal dunia," katanya sayu ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Shah Alam pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 maut kemalangan babit tiga kereta, sebuah treler

Bomba kenal pasti 10 identiti mangsa maut

Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri

Menurutnya, ketika kejadian Muhamad Rahimi dipercayai sedang membantu kenalannya yang mengalami masalah kereta sebelum dirempuh oleh sebuah treler.

"Rahimi seorang anak yang baik, suka menolong orang. Dia kenal dengan keluarga itu dan saya tahu dia ingin membantu kawannya. tetapi kejadian itu sudah ditakdirkan dan saya reda dengan pemergiannya.

"Rahimi juga anak yang disenangi adik-adiknya serta saudara-mara," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang ibu bersama lapan anaknya maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Mangsa maut terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing satu lelaki serta perempuan dewasa.

Kemalangan membabitkan dua kereta jenis Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.