Sokong PM, pemilihan Presiden UMNO dua perkara berbeza

Abdul Rahman
Abdul Rahman
A
A
A

SHAH ALAM – Isu menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan pemilihan Presiden UMNO yang bakal diadakan nanti adalah dua perkara berbeza.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan, semua orang di dalam UMNO menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Soal pertandingan (Presiden UMNO) nanti terpulanglah kepada masing-masing. Itu saya rasa dua perkara yang berbeza.

“Kalau ada pertandingan, maka kita terpaksa akur kepada tuntutan demokrasi untuk kita memilih seorang Presiden. Siapa yang nak menjadi Presiden nanti terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah sokongan Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) baru-baru ini menjurus ke arah untuk memposisikan Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO.

Pengerusi BBC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Selasa lalu dilaporkan menyatakan sokongan penuh kepada Ismail Sabri untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023.

UMNO sebelum ini dilapor akan mengadakan pemilihan bagi penggal 2021/2023 pada November tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: