AS main peranan pembebasan juruterbang India

Ketua Pemerintah Pusat Tentera AS, Jeneral Joseph Votel
Ketua Pemerintah Pusat Tentera AS, Jeneral Joseph Votel
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Amerika Syarikat (AS) memainkan peranan besar dalam pembebasan juruterbang India yang ditawan Pakistan bulan lalu, lapor The Economic Times.

Akhbar berpangkalan di Mumbai itu berkata, penglibatan AS dalam pembebasan Komander Sayap Abhinandan Varthaman diperolehi menerusi sumber yang amat dipercayai.

Menurutnya, sumber berkenaan memberitahu bahawa Ketua Pemerintah Pusat Tentera AS, Jeneral Joseph Votel ada menghubungi Ketua Angkatan Bersenjata Pakistan, Jeneral Qamar Javed Bajwa bagi 'memujuknya' supaya membebaskan juruterbang terbabit.

Varthaman ditawan tentera Pakistan selepas jetnya ditembak jatuh pada 27 Februari ketika melintasi Garisan Kawalan (LoC) yang memisahkan Kashmir dengan kedua-dua seteru nuklear itu.

Beliau dibebaskan dua hari kemudian sebagai 'tanda damai' daripada Pakistan.

Varthaman kembali ke negaranya dengan berjalan kaki menerusi sempadan Wagah dan kepulangannya disambut seperti wira oleh rakyat India. - Agensi

Artikel Berkaitan: