Banjir Pahang: 170 mangsa dipindahkan

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) meninjau keadaan rumah penduduk di Kg Pamah Rawas, Raub pada Jumaat. - Foto APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) meninjau keadaan rumah penduduk di Kg Pamah Rawas, Raub pada Jumaat. - Foto APM
A
A
A

KUANTAN - Seramai 170 mangsa banjir dari daerah Maran dan Raub dipindahkan ke sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu sehingga jam 5.30 petang, pada Jumaat.

Lima PPS dibuka di daerah Maran melibatkan 110 mangsa daripada 27 keluarga.

Berdasarkan laporan InfoBencanaJKM, 65 mangsa daripada 16 keluarga berada di PPS Balai Penerangan UMNO Pekan Sungai Jerik, PPS Dewan Serbaguna Sungai Jerik (14 mangsa, empat keluarga), PPS Dewan JKKR Jengka 14 (12 mangsa, tiga keluarga), Dewan JKKR Jengka 11( 11 mangsa, tiga keluarga) dan Dewan UMNO Ulu Jempol (sembilan mangsa, satu keluarga).

Sementara itu, 60 mangsa banjir di daerah Raub berada di empat PPS iaitu surau Kg Peruas (12 mangsa, empat keluarga), Balai Raya Kg Pamah Kulat (15 mangsa, tiga keluarga), Balai Raya Kg Pamah Rawas (17 mangsa, enam keluarga) dan Balai Raya Kg Sungai Keloi (16 mangsa, lima keluarga).

Artikel Berkaitan: