Penantian berakhir, Kampung Lubok Punggor dapat bekalan air bersih

Abang Johari (tengah) bersama penyandang DUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais (kiri) melakukan simbolik perasmian Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Punggor, Gedong pada Khamis.
Abang Johari (tengah) bersama penyandang DUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais (kiri) melakukan simbolik perasmian Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Punggor, Gedong pada Khamis.
A
A
A

GEDONG - Setelah sekian lama menunggu, penduduk di sekitar Gedong kini menarik nafas lega apabila dapat menikmati bekalan air terawat selepas kerja menaik taraf bekalan air siap dan dilancarkan pada Khamis.

Pelancaran projek naik taraf bekalan air di Kampung Lubok Punggor bernilai RM45 juta telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Masjid Kampung Lubok Punggor di sini.

Selain Kampung Lubok Punggor, antara kampung yang menikmati bekalan air bersih itu adalah Kampung Bangka Semong, Lubok Buntin, Tanjung Sap dan Kampung Benat Hilir.

Menurut Abang Johari, pelaksanaan projek yang mengambil masa selama dua tahun itu akan disalurkan menerusi satu grid dari kawasan Kuching.

“Kawasan ini tidak mempunyai sumber air kecuali sungai ini dan masyarakat di sini dahulunya menggunakan air sungai sebagai sumber utama mereka. Sekarang, sangat sukar untuk air sungai ini dirawat.

“Disebabkan itu, kita akan meningkatkan bekalan daripada Empangan Bengoh dan Sungai Sarawak Kiri untuk dihantar ke kawasan Samarahan termasuk kawasan ini, Simunjan seterusnya di Sebuyau dengan satu grid,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Air Luar Bandar Kampung Lubok Punggor di sini.

Abang Johari yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dalam ucapannya sebelum itu berkata, pusat internet juga dicadangkan untuk diwujudkan di Kampung Lubok Punggor untuk kegunaan penduduk setempat.

“Oleh itu, kita memohon kepada SMA (Lembaga Multimeda Sarawak) untuk menubuhkan satu pusat internet di sini lebih-lebih lagi Kampung Punggor yang terletak berdekatan Samarahan akan menerima manfaat terutama meningkatkan sosioekonomi mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my