Bapa hilang selepas keluar ketika hujan

Fakarudin Harun dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu.
Fakarudin Harun dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki dikhuatiri hilang apabila tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Machang Bubok, Peringat di sini ketika hujan sejak dua minggu lalu.

Fakhrul Idham Fakarudin, 15, berkata, bapanya, Fakarudin Harun, 54, kali terakhir dilihat ketika keluar dari rumah pada jam 9.30 malam, 2 Disember lalu.

"Bapa saya keluar ketika hujan dengan menunggang sebuah motosikal jenis SYM berwarna biru dan memakai topi keledar berwarna merah.

“Saya nampak dia memakai baju t lengan pendek berwarna biru manakala seluar panjang berwarna hijau gelap.

"Ketika itu, ibu bertanya kepada bapa hendak ke mana tetapi dia meluru keluar tanpa memberitahu destinasinya,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut remaja itu, sehingga kini bapanya yang bekerja sebagai tukang rumah masih belum pulang menyebabkan mereka sekeluarga bimbang.

“Kami cuba hubungi telefon bimbitnya beberapa kali tetapi tidak berjaya dan puas mencarinya di merata tempat tetapi tidak jumpa.

“Dia tidak pernah tidak balik rumah seperti ini," katanya.

Susulan itu, dia berkata, ibunya, Mila Awae, 57, membuat laporan polis di Balai Polis Melor pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Fakhrul Idham Fakarudin (kiri) bersama ibunya menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan bapanya sejak Khamis minggu lalu.
Fakhrul Idham Fakarudin (kiri) bersama ibunya menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan bapanya sejak Khamis minggu lalu.

“Tak ada pula tanda-tanda pelik pada bapa sebelum dia keluar rumah. Saya harap bapa ditemui semula dan pulang kembali ke rumah dalam keadaan selamat.

"Bagi sesiapa terjumpa dia atau ada maklumat boleh menghubungi saya di talian 0178104017,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung orang hilang berkenaan.

“Pihak polis mengambil keterangan keluarganya dan giat mengesan lelaki berkenaan. Setakat ini belum ada tanda-tanda penemuan,” katanya.

Ends

Caption:

Anak bongsu, Fakhrul Idham Fakarudin, 15, (kiri) bersama ibu Mila Awae, 57, menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan seorang tukang rumah, Fakarudin Harun,54, sejak Khamis minggu lalu.

*mohon mozek baby. Takdak kaitan. Tqtq

Fakarudin Harun,54, dikhuatiri hilang kerana tidak pulang ke rumah di Peringat, Kota Bharu selepas keluar dengan menunggang sebuah motosikal dalam keadan cuaca hujan.