UDA agensi MEDAC pertama terima pensijilan ABMS

Norliza (empat,kanan) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Mohd Salem Kailani (empat,kiri) bergambar kenangan bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi UDA selepas menerima sijil ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan AntiRasuah (ABMS).
Norliza (empat,kanan) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Mohd Salem Kailani (empat,kiri) bergambar kenangan bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi UDA selepas menerima sijil ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan AntiRasuah (ABMS).
A
A
A

SYARIKAT pemaju hartanah, pengurusan aset dan fasiliti, UDA Holdings Berhad (UDA) muncul sebagai agensi pertama di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang disahkan pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan AntiRasuah (ABMS) sejak 31 Ogos tahun ini.

Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pensijilan itu berfungsi sebagai medium untuk menyelaraskan pelan dan prosedur berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam mengendalikan liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

"Pengiktirafan ini juga dapat mengukur keberkesanan langkah-langkah pencegahan dan tindakan menangani rasuah berlandaskan piawaian atau standard antarabangsa.

"Saya yakin pensijilan ISO 37001:2016 ABMS serta semua Tatacara Mencukupi UDA akan dapat memperteguhkan lagi kewibawaan dan memupuk nilai integriti seluruh warga kerja Kumpulan UDA serta mampu meneruskan legasi UDA yang bebas rasuah dan perbuatan melanggar etika.

"Semoga usaha murni UDA menerapkan serta membudayakan nilai integriti terutama dalam melaksanakan tugasan harian seiring dengan usaha kerajaan menuju ke arah Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menegaskan UDA akan memastikan setiap tindakan yang diambil bagi menjayakan hasrat murni kementerian dalam setiap segmen perniagaannya berlandaskan integriti, akauntabiliti dan ketelusan bagi membendung amalan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

"Komitmen dan iltizam antirasuah yang dimanifestasi Lembaga Pengarah dan Pengurusan UDA selari dengan strategi yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12, 2021-2025 iaitu ‘Memperkukuh Ekosistem Tadbir Urus’ menerusi pelan tindakan 'Mendukung Integriti, Ketelusan dan Keberkecualian Pada Semua Peringkat," katanya.

Artikel Berkaitan: