Pelari 100m pertama catat bawah 10s meninggal dunia

Hines (kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan senegaranya Charles Green atas kemenangan acara 100m Sukan Olimpik Mexico 1968, mencatat masa 9.9 pada 14 Oktober 1968 di Mexico City. - FOTO AFP
Hines (kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan senegaranya Charles Green atas kemenangan acara 100m Sukan Olimpik Mexico 1968, mencatat masa 9.9 pada 14 Oktober 1968 di Mexico City. - FOTO AFP
A
A
A

BEKAS pelari pecut legenda Amerika Syarikat (AS), Jim Hines telah meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Hines, lelaki pertama mencatatkan bawah 10 saat bagi acara 100 meter (m).

Hines dilahirkan di Dumas, Arkansas pada September 1946, dibesarkan di Oakland, California dan amat meminati besbol semasa penglibatan awal dalam sukan.

Namun, jurulatih olahraga, Jim Coleman melihat kebolehan Hines yang menonjol pada umur 17 tahun, apabila berada antara 20 teratas dunia lebih 100 ela.

Hines dibimbing juara tiga kali ganda Olimpik 1956 Bobby Morrow, meraih podium Kejohanan AS pertamanya pada 1965 apabila menduduki tempat kedua dalam acara 200m.

Pada 1966 dia memenangi gelaran 200m kebangsaan dan setahun kemudian memenangi gelaran 100 ela kebangsaan pertamanya.

Hines juga mencipta rekod dunia pertamanya yang disahkan pada 1967, mencatat 9.1 untuk 100m ela dan 10.0 untuk 100m.

Pada Kejohanan AS 1968 di Sacramento, Hines menjadi orang pertama yang secara rasmi memecahkan halangan 10 saat untuk 100m, melakukannya dengan 9.9 (dan masa elektronik 10.03, walaupun tidak sampai 1977 masa elektronik diperlukan untuk pengesahan rekod).

Setelah mendapat tempat dalam skuad olahraga AS, Hines ke Sukan Olimpik di Mexico City pada tahun itu sebagai pilihan kecil.

Dia memenuhi jangkaan dan mencatatkan kemenangan dalam 9.9 (9.95 elektronik), menjadikannya lelaki pertama yang secara rasmi memecahkan 10 saat dengan pemasaan elektronik.

Rekod dunia Hines bertahan 15 tahun - rekod dunia 100m lelaki terpanjang dalam era automatik sepenuhnya - sebelum akhirnya dipecahkan oleh Calvin Smith pada 1983 dengan 9.93.

Hines terus menambah satu lagi pingat emas Olimpik - dan rekod dunia - ke dalam koleksinya apabila dia melabuhkan kemenangan Amerika Syarikat dalam acara 4x100m dalam 38.24.

Selepas bersara daripada olahraga pada hujung 1968, Hines terus bermain di Liga Bolasepak Amerika (NFL) untuk Miami Dolphins dan Kansas City Chiefs, sebelum bekerja di Houston.