Bunuh rakan senegara kerana gaji

No Image Caption
A
A
A

BIDOR - Seorang buruh binaan ditemui mati dipercayai ditetak oleh rakan sekerjanya di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Masjid Bidor, semalam.

Mangsa, Mohamad Rafiq Nazir Hussin, 25, merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditemui dengan kesan kecederaan di leher dan kepala kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan yang bertindak menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian mendapati lokasi tersebut terletak 500 meter dari jalan utama bersebelahan dengan kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai mati akibat kecederaan di bahagian leher menggunakan senjata tajam dan ada kesan tetakan di dahinya.

“Mangsa baru bekerja lebih kurang sebulan di tapak pembinaan berkenaan dan motif kejadian dipercayai akibat perselisihan faham berkenaan gaji,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, tiga lelaki Myanmar yang merupakan rakan rumah kongsi dicari bagi membantu siasatan.

“Mereka dikenali sebagai Rafiq, Boshr dan Habulah.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan ketiga-tiga suspek tersebut,” katanya.