Status Sukma 2022 hujung bulan

Hasnul Faizal
Hasnul Faizal
A
A
A

STATUS penganjuran temasya sukan terbesar negara, Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dijangka diumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) hujung bulan ini.

Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Dr Hasnul Faizal Hushin Amri berkata, pihaknya akan mengemukakan kertas kerja mengenai penganjuran itu untuk dibentangkan pada mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.

“Sekiranya kita sudah menerima jawapan daripada kabinet, cadangan itu akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Teknikal, seterusnya Jawatankuasa Tertinggi Sukma akan memutuskan jenis sukan, lokasi dan bajet yang diperlukan.

“Selepas itu, MSN akan mengumumkan perkara itu (perancangan Sukma) kepada semua negeri dan daripada itu kita akan mula menyusun semula perancangan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium Perubatan Ragbi Malaysia di Putrajaya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: