Rakyat Kelantan lega 'lunas' saman PDRM

Orang ramai menunggu giliran untuk menjelaskan bayaran saman PDRM di IPD Kota Bharu pada Sabtu.
Orang ramai menunggu giliran untuk menjelaskan bayaran saman PDRM di IPD Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan menzahirkan rasa lega dapat menikmati potongan sehingga 80 peratus sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sekali gus membantu mereka melunaskan saman kesalahan lalu lintas bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seorang penduduk, Mohd Shukri Ramli, 45, berkata, langkah itu memberikan penjimatan yang ketara apabila dia hanya perlu membayar kurang daripada RM1,000 untuk sembilan saman trafik yang diterimanya.

"Jadi rugilah jika peluang yang ada ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.

Kebiasaannya potongan 50 peratus sahaja diberikan bagi setiap kesalahan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini pada Sabtu.

Orang ramai menunggu giliran untuk menjelaskan bayaran saman PDRM di IPD Kota Bharu pada Sabtu.
Orang ramai menunggu giliran untuk menjelaskan bayaran saman PDRM di IPD Kota Bharu pada Sabtu.

Menurunya, usaha ini sesuatu yang baik dan wajar diteruskan dari masa ke masa.

Bagi Mohd Nor Azan Aziz, 47, yang merupakan seorang pendidik, satu kerugian buat rakyat sekiranya peluang yang diberikan oleh kerajaan tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.

Menurutnya, program ini dicadangkan diteruskan mengikut hari-hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Saya lihat lebih ramai rakyat akan dapat menikmati manfaat ini pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu kakitangan swasta, Wan Saipul Azwal Wan Mohamad, 36, berkata, dia lega apabila dapat melangsaikan enam tunggakan saman trafik yang diterima dengan diskaun yang diberikan itu.