Ali Biju perlu beri penerangan supaya pengundi sokong calon GPS

Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai penarikan diri Datuk Ali Biju daripada bertanding dalam PRN Sarawak.
Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai penarikan diri Datuk Ali Biju daripada bertanding dalam PRN Sarawak.
A
A
A

KUCHING - Naib Pengerusi Bersatu Sarawak, Datuk Ali Biju yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian pada Khamis, perlu menerangkan kepada pengundi di kawasan itu supaya menyokong calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Ali dan penyokongnya perlu memberi sokongan penuh kepada calon GPS, Friday Belik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

"Saya harap dia (Ali) akan bekerja bersungguh-sungguh dan menerangkan kepada penyokongnya supaya mereka memberi sokongan kepada calon GPS.

"Dia sudah menyatakan secara terbuka (tindakan menarik diri) walaupun namanya tetap tercatat dalam kertas undi dan ini seharusnya menjadi tanggungjawab dia untuk menyatakan serta menerangkan kepada pengundi di kawasan itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Keputusan Ali Biju tarik diri satu pengorbanan besar, terpuji'

Awang Tengah berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Sama Jaya di sini pada Jumaat.

Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, ketika mengumumkan menarik diri daripada bertanding di DUN Krian dan memberi sokongan penuh kepada calon GPS berkata, keputusan itu adalah bagi memelihara muafakat serta memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional dan GPS. - Bernama


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Artikel Berkaitan: