Jahidah terpaksa dibedah akibat jangkitan kuman

Jahidah terpaksa dibedah selepas terdapat jangkitan kuman pada pembedahan melahirkan anak sebelum ini.
Jahidah terpaksa dibedah selepas terdapat jangkitan kuman pada pembedahan melahirkan anak sebelum ini.
A
A
A

SEREMBAN - Wanita hamil yang parah dipukul suami sehingga koma, Jahidah Nordin, 43, terpaksa menjalani pembedahan kedua pada pagi Khamis selepas terdapat jangkitan kuman pada luka pembedahan melahirkan anak sebelum ini.

Adik kepada Jahidah, Fazariah Nordin, 38, berkata, pada malam Rabu, doktor memaklumkan kepada mereka sekeluarga bahawa kakaknya perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Doktor beritahu tempat pembedahan kakak nampak kemerahan dan apa yang merisaukan kami kerana ketika ini kakak demam, tapi setakat dimaklumkan keadaannya stabil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, doktor memaklumkan pembedahan mengambil masa sejam.

"Kami sekeluarga memohon doa orang ramai supaya pembedahan kakak dipermudahkan," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki seberat dua kilogram malam Selasa secara pembedahan.

Bayi yang diberi nama J Eshan Nufail atau mesra dengan panggilan 'Baby J' itu dalam keadaan sihat.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).

Artikel Berkaitan:

Kisah wanita tersebut yang merupakan seorang penjawat awam di Johor Bahru, mendapat perhatian media selepas dia koma kerana cedera parah dipercayai akibat dipukul suaminya di rumah mereka pada 4 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga namakan bayi sempena 'perjuangan' Jahidah

Jahidah selamat lahirkan bayi lelaki