Penyamun 'baik hati' pulang duit samun

Detik cemas wanita disamun lelaki di ATM. - Nextshark
Detik cemas wanita disamun lelaki di ATM. - Nextshark
A
A
A

HEYUAN-CHINA. Gara-gara melihat jumlah baki wang kosong dalam akaun seorang wanita, penyamun dengan 'rela hati' memulangkan semula wang itu kepada wanita terbabit.

Situasi itu berlaku di Heyuan, China, ketika wanita bernama Li sedang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sini.

Insiden itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kawasan ATM berkenaan.

Menerusi Shanghai.ist, mangsa bersendirian ketika mengeluarkan wang sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau.

Klip video durasi satu minit 40 saat, menunjukkan semasa wanita tersebut mengeluarkan wang di mesin ATM, datangi seorang lelaki menyamunnya dengan memaksa mangsa menyerahkan kesemua wang miliknya berjumlah 2,500 Yuan (RM1,520).

Namun suspek bertukar sikap 'murah hati' apabila melihat baki akaun mangsa kosong dan tiada sesen pun wang.

Lelaki itu memulangkan kembali wang berkenaan dan berlalu dengan riak wajah senyum sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya menahan lelaki itu kerana cubaan melakukan samun bersenjata. - Shanghai.ist

Artikel Berkaitan: