Kumpul ramai-ramai lihat pesta air boleh dikompaun

Shafien (dua dari kiri) dan Md Tahir (kiri) mewakili Raja Perempuan Tengku Anis menyampaikan sumbangan kotak rezeki daripada kurniaan Istana kepada balu dan anak-anak yatim Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di IPD Pasir Mas pada Selasa.
Shafien (dua dari kiri) dan Md Tahir (kiri) mewakili Raja Perempuan Tengku Anis menyampaikan sumbangan kotak rezeki daripada kurniaan Istana kepada balu dan anak-anak yatim Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di IPD Pasir Mas pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Polis Kelantan menegaskan tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu yang berkumpul beramai-ramai untuk melihat pesta air dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang musim tengkujuh di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tindakan itu mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342]).

“SOP yang kita maksudkan itu ialah tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka sebagaimana telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan kotak rezeki daripada kurniaan Istana kepada balu dan anak-anak yatim Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Pegawai Khas Istana Mahkota Kelantan, Md Tahir Hassan yang mewakili Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Menurutnya, pelaksanaan peraturan itu bertujuan membendung penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Beliau berkata, Polis Kelantan menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan dengan berkumpul secara beramai-ramai untuk melihat pesta air bagi memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Artikel Berkaitan: