Program Smart Card Peladang-i lepasi sasaran MAFI

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) pada Majlis Pra Pelancaran Smart Card Keluarga Peladang (Peladang –i) di Kuala Lumpur.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) pada Majlis Pra Pelancaran Smart Card Keluarga Peladang (Peladang –i) di Kuala Lumpur.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Program Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i) yang melibatkan ahli-ahli Peladang di seluruh Malaysia mendapat sambutan dengan penglibatan 2,383 ahli.

Ia berjaya melepasi sasaran perlindungan kepada 2,000 ahli dan mencapai tujuan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Peladang-i merupakan satu instrumen yang menawarkan tiga ciri utama iaitu sebagai kad identiti keahlian Peladang, kad debit dan sebagai kad perlindungan takaful peladang.

Menurutnya, ia melibatkan ahli-ahli Peladang di seluruh negara dan merupakan satu inisiatif dan kerjasama strategik antara LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) bersama Agrobank.

Artikel Berkaitan:

Seramai 2,877 orang ahli dalam Program Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i)
Seramai 2,877 orang ahli dalam Program Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i)

“Selain diskaun dan rebat yang akan dilaksanakan kelak kepada pemegang kad, sebarang bentuk bantuan kerajaan termasuk bantuan insentif, subsidi, e-baucer, e-wallet dan sebagainya disalurkan melalui kad ini selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)

“Kad ini menjadi perlindungan khas buat semua ahli Peladang berdaftar di seluruh negara dan membantu meringankan beban ahli dan waris jika ditimpa musibah ataupun kemalangan.

“Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2022 juga telah mengumumkan kelulusan peruntukan RM5 juta untuk perlindungan takaful peladang yang melibatkan seramai 920,678 lebih ahli Peladang,” katanya.

Mengulas lanjut, Peladang-i ini juga merupakan satu kejayaan hasil perancangan MAFI ke arah mendigitalisasikan identiti keahlian.

Malah, dalam usaha memperkasa ahli peladang ke arah teknologi pendigitalan, kerajaan menyasarkan Peladang-i menjadi suatu medium atau platform perhubungan digital antara kerajaan kepada peladang.

Smart Card Keluarga Peladang-i
Smart Card Keluarga Peladang-i

“ Ini menggalakkan aktiviti pembelian dilangsungkan secara tanpa tunai (cashless) ataupun tanpa sentuhan (contactless).

“Matlamat LPP adalah untuk meneraju industri pertanian dalam negara ke arah IR (Revolusi Industri) 4.0 selaras dengan DAN 2.0 yang menerapkan ciri-ciri pemodenan dan pendigitalan dalam revolusi pertanian,” ujar beliau.

PROGRAM SMART CARD KELUARGA PELADANG (PELADANG-i)

- Melibatkan 2,383 ahli, melebihi sasaran perlindungan kepada 2,000 ahli.

- Lebih 920,000 ahli pertubuhan peladang bakal terima manfaat.

- Manfaat takaful sehingga RM5,000 bagi meringankan beban keluarga peladang.