X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Perangkap aplikasi sosial

Arjunaidi (dua, kiri) diiringi Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (empat, kiri) serta Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf, Hashim Anang(dua, kanan) ketika berkunjung ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Selasa.
A
A

SHAH ALAM - Polis memberi amaran kepada orang ramai berhubung penggunaan aplikasi dalam talian yang menjadi lubuk kepada jenayah pemerasan.

Kebanyakan kes tersebut dilakukan oleh individu yang bergerak secara sendirian dan menyasarkan wanita dan lelaki yang mencari teman menerusi aplikasi tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dalam masa yang singkat, individu yang melakukan perbuatan tersebut memperdaya mangsa untuk memberikan gambar dan video bogel mangsa.

“Dengan perkenalan singkat seperti di Michat, mereka melakukan perkara tidak senonoh dan sebagainya. Mangsa terpedaya dengan kata-kata manis tanpa sedar menjadi mangsa.

“Mereka, lelaki atau wanita akan terperangkap dengan kegiatan ini. Tapi setakat ini ia bukan sindiket besar (dilakukan oleh individu),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui ketika berkunjung ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Selasa dengan diiringi, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf, Hashim Anang

Polis Selangor pada September lalu mencatatkan peningkatan secara mendadak kes jenayah siber sebanyak 380 kes dilaporkan setakat Ogos tahun ini, berbanding 51 kes sepanjang 2020.

Ketika ditanya mengenai jenayah 'Love Scam', Arjunaidi berkata, kebanyakannya kes tersebut didalangi oleh warga asing dengan mensasarkan warga tempatan sebagai mangsa.

Menurutnya, tahap kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber masih rendah walaupun pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak berkaitan.

"Kita lihat ramai yang masih terpengaruh dengan aktiviti jenayah siber ini, sekali gus perkara ini menampakkan kesedaran masyarakat berkaitan jenayah siber ini masih kurang," katanya.

Bagi kes jenayah ‘love scam’, sebanyak 160 kes dilaporkan sehingga Ogos tahun ini melibatkan kerugian RM7 juta di Selangor, berbanding 223 kes pada tahun lepas dengan jumlah kerugian RM16 juta.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!