RM600,000 bantu pemain industri pelancongan terjejas

KUANTAN - Kerajaan Pahang telah menyalurkan bantuan hampir RM600,000 kepada pemain industri pelancongan yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, bantuan melalui Tourism Pahang itu termasuk bantuan khas kepada pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan di negeri ini.
Menurutnya, seramai 522 penerima menerima manfaat bantuan tunai RM100 dan barangan bermilai RM50 dengan jumlah keseluruhan RM78,300 itu.
"Pada masa sama, Bantuan Prihatin Covid-19 turut dihulurkan kepada golongan itu dengan 450 penerima.