27 pekerja positif Covid-19, pasar raya diarah tutup

Notis penutupan pasar raya itu yang dikeluarkan PKD Melaka Tengah pada Ahad lalu.
Notis penutupan pasar raya itu yang dikeluarkan PKD Melaka Tengah pada Ahad lalu.
A
A
A

MELAKA - Sebuah pasar raya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini diarahkan ditutup mulai Ahad lepas selepas 27 pekerjanya dikesan positif Covid-19 sejak 2 November lalu.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pada awalnya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah dimaklumkan bahawa empat pekerja asing yang bertugas di bahagian bekalan barangan basah di pasar raya itu didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian RTK-Antigen air liur

Menurutnya, kesemua pekerja positif itu telah kemudian diarahkan menjalani isolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS), Johor Bahru selepas ujian RT-PCR selanjutnya yang dijalankan mengesahkan mereka positif Covid-19.

Katanya, kesemua pekerja seterusnya diarahkan menjalankan ujian RTK-Antigen air liur dan seramai 13 lagi pekerja disahkan positif selepas menjalani ujian RT-PCR.

"PKD Melaka Tengah telah menghantar pasukan penilaian risiko untuk mengesan kontak rapat dan melakukan penilaian itu.

"Seramai 51 orang pekerja yang tinggal di asrama pula telah dikuarantin selama tujuh hari dan pasar raya itu ditutup bermula Ahad bagi kerja-kerja sanitasi dan akan beroperasi semula pada Rabu ini," katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Japerun Merlimau di sini pada Isnin.

Jelas beliau, sebanyak 10 kes positif lagi kemudian dikesan hasil ujian RTK NPS yang dijalankan terhadap 204 pekerja termasuk 57 warga asing selepas pasar raya berkenaan ditutup bermula 9 malam pada Ahad

Ujarnya, pengesanan kontak rapat kes-kes yang baharu akan dijalankan sebelum pasar raya itu dibenarkan beroperasi semula selain bilangan kontak rapat akan dimaklumkan selepas selesai penilaian risiko dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Kadar serangan spesifik dalam kalangan warga asing ialah 24.6 peratus manakala kadar serangan spesifik untuk pekerja tempatan adalah 8.8 peratus.

"Kadar serangan keseluruhan ialah 13 peratus selain kesemua pekerja telah lengkap dua dos vaksin," katanya.

Beliau dalam masa sama menggesa agar semua majikan di negeri ini membuat ujian saringan Covid-19 secara berkala setiap minggu bagi memutuskan rantaian Covid-19.