Anak mengamuk serang bapa hingga maut

Wan Kamarul Azran ketika sidang akhbar di Balai Polis Cyberjaya pada Isnin.
Wan Kamarul Azran ketika sidang akhbar di Balai Polis Cyberjaya pada Isnin.
A
A
A

CYBERJAYA - Seorang bapa maut apabila diserang oleh anak kandungnya yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Sepang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa berumur 73 tahun dipukul dan dicederakan suspek berusia 48 tahun menggunakan pisau pemotong kek.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan sudah lama tidak mengambil ubat penenang dibekalkan pihak klinik psikiatrik Hospital Banting.

"Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah," katanya ketika sidang akhbar di Balai Polis Cyberjaya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa cedera di muka, dada dan kedua-dua belah tangan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," ujarnya.

Beliau berkata, suspek yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) sudah diberkas dan direman untuk siasatan lanjut.

"Semakan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Artikel Berkaitan: