Tahanan Palestin mogok lapar akhirnya dibebaskan Israel

Gambar fail menunjukkan seorang tahanan Palestin, Kayed Fasfous ketika dirawat di sebuah hospital di Israel. - Foto WAFA
Gambar fail menunjukkan seorang tahanan Palestin, Kayed Fasfous ketika dirawat di sebuah hospital di Israel. - Foto WAFA
A
A
A

TEL AVIV - Pihak berkuasa Israel membebaskan seorang tahanan Palestin yang merupakan anggota Fatah pada Ahad selepas dia dirawat di sebuah hospital di Israel selepas selesai menjalani mogok lapar selama 131 hari.

Tahanan Palestin itu, Kayed Fasfous melancarkan mogok lapar itu pada bulan lalu kerana membantah penahanannya yang dilakukan tanpa sebarang dakwaan oleh pihak rejim Zionis, lapor agensi berita WAFA.

Namun, pada 23 November lalu, Fasfous yang juga merupakan juara bina badan dan ahli sukan yang aktif menamatkan mogok lapar selepas satu perjanjian dicapai bagi menamatkan tahanannya selepas ditahan pada Oktober tahun lalu.

Dia dirawat di sebuah hospital di Israel selepas mogok lapar itu berakhir.

Fasfous dilaporkan hilang berat badan lebih 30 kilogram ditahan tanpa bicara yang merupakan polisi rejim Zionis menahan penduduk Palestin ditahan tanpa sebarang dakwaan.

Israel pernah menyatakan bahawa polisi itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan ia mendapatkan maklumat-maklumat yang sensitif.

Fasfous yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dibebaskan di sebuah pusat pemeriksaan Israel dan disambut oleh para pegawai keselamatan serta wakil Fatah di Hebron, Tebing Barat.

Dia juga pernah ditahan beberapa kali oleh rejim Zionis sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Terdapat lebih 4,400 tahanan Palestin di penjara Israel dengan kira-kira 500 daripadanya menjalani tahanan tanpa bicara atau dikenali sebagai 'tahanan pentadbiran'. - Agensi