Lagi marsyal berlagak 'polis trafik' dikesan

PORT DICKSON - Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marsyal memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan sebagaimana video tular di laman sosial Facebook pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi tiga minit itu memaparkan sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi.
Menurutnya, rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.
"Ia bagi membenarkan sekumpulan lebih kurang 20 buah motosikal berkuasa tinggi melalui laluan tersebut.