Penjawat awam mencuri diarah buat kerja komuniti

Eddy Ezrie diperintahkan menjalani hukuman PKW selama empat jam setiap hari bagi tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
Eddy Ezrie diperintahkan menjalani hukuman PKW selama empat jam setiap hari bagi tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penjawat awam diperintahkan menjalankan kerja komuniti di bawah hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama empat jam setiap hari bagi tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Keputusan itu diputuskan Majistret Abdul Hayyi Salim di bawah hukuman PKW terhadap Eddy Ezrie Nordin, 33, yang mengaku salah mencuri pelbagai jenis barang termasuk satu papan telur Gred A (30 biji) yang bernilai keseluruhan RM120.39.

Dia yang melakukan kesalahan di dalam pasaraya Mydin Mall, Jalan Sultan Mohamed kira-kira jam 1.50 petang pada 26 September tahun lalu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli.

Artikel Berkaitan: