X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Sabbaruddin Chik meninggal dunia

Sabbaruddin Chik - Foto internet
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8 malam tadi.

Beliau yang berusia 80 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut laporan portal Berita Harian, Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad berkata, Sabbaruddin sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

"Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

"Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang kini berada di Sarawak," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

Allahyarham menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1996.

Sabbaruddin juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!