X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Mayat kanak-kanak reput ditemukan di sungai

Anggota bomba dibantu polis mengangkat mayat kanak-kanak yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di kawasan semak dalam sungai di Kampung Desa Makmur, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan reput dan busuk ditemukan tersangkut dalam kawasan semak dalam sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan orang awam yang terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis dan bomba pada jam 10.43 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai enam anggota diketuai Komander Operasi dari BBP Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azharin Abd Aziz dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mayat kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan dianggarkan berusia kira-kira tiga tahun, manakala jantinanya tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat sudah reput.

"Terdapat bahagian mayat tersebut sudah dimakan haiwan mungkin ikan atau biawak. Rambutnya sudah tiada, belakang tengkorak pecah dan otak juga sudah tiada.

"Kita anggarkan kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia dua atau tiga hari lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak bomba mengeluarkan mayat kanak-kanak tersebut yang berkedudukan kira-kira 1.5 meter dari tebing sungai tersebut.

Menurutnya, siasatan terhadap mayat kanak-kanak itu dilakukan unit forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Larkin di sini.

Katanya, penemuan mayat kanak-kanak itu agak menghairankan kerana sebelum ini pihaknya atau BBP berdekatan tidak menerima aduan berkenaan budak hilang atau lemas dalam sungai.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!