X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

PRN Sarawak: PKR mungkin bertanding di 25 kerusi DUN - Anwar

Anwar Ibrahim - Foto fail Bernama
A
A

SONG - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa partinya mungkin akan bertanding di 25 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Bagaimanapun ujarnya, keputusan rasmi masih belum dimuktamadkan.

“Kita tidak banyak (tanding kerusi) sebab kita telah ada persefahaman dengan DAP dan Amanah dan dalam beberapa kerusi mungkin dengan PSB.

“Tetapi tidak ada penyelesaian di situ (kerjasama dengan PSB), yang pentingnya PH.

“Jadi kita saya fikir sekitar 25 begitu tapi belum muktamad, saya fikir lebih baik kita tumpu di kawasan-kawasan ini dan beri ruang kepada rakan-rakan parti kita lain untuk bersama dalam pertempuran,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Song pada Jumaat.

Ketika diminta mengulas mengenai isu perebutan kerusi tertentu dalam kalangan rakan Pakatan Harapan (PH) Sarawak bagi mendepani PRN12, Anwar menegaskan semangat kerjasama dan muafakat antara pimpinan Keadilan dan DAP seharusnya dimantapkan.

Ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu, ini bagi mengelakkan pertindihan dalam meletakkan calon bagi kerusi-kerusi tertentu.

“Ini saranan kepada tokoh-tokoh kecil nak bersuara, saya tidak ada masalah.

“Tetapi bagi kita yang pentingnya pimpinan Keadilan dan DAP itu percaya bahawa muafakat kerjasama ini harus mantap dan oleh itu kita elak pertindihan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Keadilan Sarawak menafikan cuba menimbulkan isu perebutan kerusi tertentu dalam kalangan rakan PH Sarawak pada PRN12.

Sebaliknya, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan menegaskan DAP Sarawak yang enggan berunding secara terbuka dan telus dengan pimpinan Sarawak. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!