Singapura kesan dua kes import Covid-19, ujian awal varian Omicron

No Image Caption
A
A
A

SINGAPURA - Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember) didapati 'positif' dalam ujian awal bagi varian Omicron Covid-19.

Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan perkara itu dengan memetik kenyataan daripada Kementerian Kesihatan republik itu, pada Khamis.

"Kedua-dua kes telah diasingkan sejurus mereka tiba di Singapura pada 1 Disember, dan belum sempat berinteraksi di dalam komuniti.

"Setakat ini tiada bukti sebarang jangkitan komuniti dari dua kes berkenaan," kata kenyataan itu.

Kes tersebut kini dalam proses pemulihan di wad yang diasingkan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID). Kedua-dua individu itu telah lengkap divaksinasi, dan hanya mengalami simptom seperti batuk dan sakit tekak.

Kedua-dua individu itu tiba dari Johannesburg dengan menaiki pesawat SQ479 pada Rabu. - Awani

Artikel Berkaitan: