Kes, kematian akibat denggi meningkat

Dzulkefly (tengah) ketika "Gotong Royong Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan" di Projek Perumahan Rakyat Seri Alam, Cheras. Foto: KKM
A
A

KES dan kematian akibat denggi sedang meningkat pada tahun ini.

Justeru setiap individu dan masyarakat perlu melindungi diri dan keluarga dari jangkitan denggi, iaitu dengan memastikan persekitaran kita bersih dan bebas dari bekas pembiakan aedes.

Mengikut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), jangkitan denggi boleh membunuh 45 peratus mangsa dalam tempoh lima hari selepas mengalami gejala.

KKM juga memerlukan komitmen dan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), Alam Flora, badan pengurusan bersama (JMB), masyarakat setempat, syarikat swasta dan badan-badan bukan kerajaan untuk menangani isu-isu denggi terutama di kawasan perumahan dan tempat awam.

KKM menyarankan aktiviti gotong-royong ini perlu diteruskan secara berkala dan dijadikan agenda tetap untuk kementerian dan agensi lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut menegaskan demikian ketika hadir dan menyampaikan ucapan pelancaran "Gotong Royong Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan" di Projek Perumahan Rakyat Seri Alam, Cheras, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min,

Bagi Peringkat Kebangsaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Putrajaya menjadi tuan rumah untuk kempen Gotong-Royong Mega Perangi Aedes.

Program gotong-royong peringkat negeri juga dilaksanakan serentak di 12 negeri.

Selain itu sebanyak 140 daerah juga melaksanakan gotong-royong ini di peringkat daerah sepanjang Mac ini.