Polis tunggu laporan sampel darah pemandu didakwa mabuk

Polis sedang menunggu laporan ujian darah pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klebang, Isnin lalu. - Facebook Cobra King
Polis sedang menunggu laporan ujian darah pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klebang, Isnin lalu. - Facebook Cobra King
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka sedang menunggu laporan ujian darah ke atas seorang pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klebang, di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sampel darah lelaki berusia 42 tahun itu telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia.

"Kami sedang menunggu laporan kimia dan selagi itu saya tidak boleh nyatakan sama ada dia mabuk atau sebaliknya sehinggalah keputusan itu keluar," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beberapa hari lalu tular di Facebook mendakwa seorang kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) maut selepas kereta dipandunya dirempuh pemandu mabuk.

Ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah selepas mengambil anaknya pulang bekerja di sebuah kedai makan.

Akibat kemalangan itu, tiga anak mangsa turut cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: