Najib tidak faham proses penjualan Hotel Royale Chulan

Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertahanan hari ini berkata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih tidak memahami proses penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB).

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata, walaupun Najib mendakwa deposit telah dibayar oleh sebuah syarikat milik Singapura itu namum ia tidak bermakna sesuatu urusan jual beli itu selesai.

"Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal dan pengumuman kepada Bursa Saham Singapura itu perkara biasa bagi sesebuah syarikat untuk memaklumkan kepada pemegang saham tentang aktiviti mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, masih terdapat beberapa syarat lain yang kedua-dua belah pihak perlu patuhi seperti kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum dimuktamadkan.

Pada 27 Februari lepas, Pejabat Menteri Pertahanan menyatakan penjualan hotel itu masih belum dimuktamadkan.

Sebelum ini media melaporkan LTAT dan BHB bersedia untuk menjual aset strategiknya itu pada harga RM197 juta selepas menerima tawaran daripada sebuah firma Singapura, Hotel Royal Limited. -Bernama

Artikel Berkaitan: