USIM bangun aplikasi kesan ijazah palsu

Bakal majikan atau pihak berkepentingan boleh memuat turun aplikasi TAS USIM di Google Play Store mulai Selasa.
Bakal majikan atau pihak berkepentingan boleh memuat turun aplikasi TAS USIM di Google Play Store mulai Selasa.
A
A
A

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membangunkan sebuah aplikasi yang dapat mencegah penipuan melibatkan penggunaan ijazah palsu.

Aplikasi mudah alih dinamakan Tasdiq Al-Syahadah (TAS) itu berasaskan teknologi 'blockchain' yang boleh mengesan ketulenan skrol graduan dikeluarkan USIM.

Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, keistimewaan aplikasi tersebut adalah pada kos pembangunan yang jauh lebih rendah serta dibangunkan melalui kepakaran dalamannya sendiri.

"Ia diterajui oleh Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) USIM dengan kerjasama iExploTech dan Sekretariat Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (IPTM) DLT Network.