Iraq sekat aplikasi Telegram susulan kebimbangan keselamatan

Iraq menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara. - Gambar hiasan 123RF
Iraq menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KAHERAH - Iraq pada Ahad menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

Kementerian Perhubungan negara itu menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan disekat ekoran isu 'keselamatan negara dan demi melindungi data peribadi rakyat'.

Pihak berkuasa negara gagal mendapatkan kerjasama dari syarikat yang mengendalikan perkhidmatan itu daripada menyebarkan data rasmi dan peribadi.

Penggunaan aplikasi Telegram sangat meluas di Iraq - malah dalam beberapa bahagian kerajaan.

Aplikasi ini juga sebahagiannya digunakan oleh anggota militan pro-Iran. Dalam sesetengah kes, nama atau data peribadi pasukan keselamatan yang lain telah disebarluas di Telegram, seperti yang berlaku selepas rusuhan ganas di Iraq pada musim luruh 2021.

Militant Daesh, yang pernah menguasai beberapa kawasan di Iraq dan negara jiran Syria, turut menyebarkan dakyah mereka melalui Telegram. - Bernama