X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Carrick nafi taktikal dipengaruhi Rangnick

Carrick
A
A

PENGURUS Interim Manchester United Michael Carrick menolak dakwaan bahawa percaturan pasukannya ketika seri 1-1 menentang Chelsea dipengaruhi oleh Ralf Rangnick yang dijangka akan dilantik sebagai pengurus baru pasukan itu sehingga hujung musim ini.

Menurut Carrick, pendekatan tersebut dipilih berdasarkan penerimaan bahawa United perlu merangka sesuatu strategi untuk mendapatkan apa-apa keputusan positif.

"Taktikal yang saya gunakan malam ini tidak ada kaitan dengan Ralf Rangnick.

"Taktikal ini memang sudah dirancang dan ia menunjukkan betapa semangatnya kami hari ini.

"Kami sedar ia tidak akan menjadi permainan yang lancar sepanjang masa tetapi kami bersedia untuk menembusinya," katanya.

Pada perlawanan itu, The Red Devils berjaya mendahului pada awal babak kedua menerusi menerusi Jadon Sancho yang memanfaatkan kesilapan Jorginho untuk menewaskan penjaga, Edouard Mendy.

Bagaimanapun pemain tengah Itali itu menebus kembali kesilapannya dengan menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

"Saya langsung tidak rasa ia sepatutnya sepakan penalti. Mereka melakukan banyak percubaan dan David (De Gea) berjaya menyelamatkan beberapa percubaan mereka (Chelsea).

"Selain daripada itu saya berasa agak selesa dalam permainan. Sudah tentu kami mahu menjadi lebih baik.

"Saya tidak mahu terbawa-bawa oerkara ini walaupun saya fikir kami bertahan dengan baik. Saya tidak boleh menyalahkan pemain walau sedikit pada perlawanan ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!