X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Kes positif Covid-19 global lebih 260.9 juta, korban 5.19 juta

United Kingdom mencatat lebih 10 juta kes dan Rusia dengan lebih 9 juta kes. - Foto fail AFP
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 260.9 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan kes positif melebihi 48.1 juta.

Ini diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom mencatat lebih 10 juta kes dan Rusia dengan lebih 9 juta kes.

Turki memasuki kumpulan negara yang mencatat lebih 8 juta kes manakala Perancis pula mencatat lebih 7 juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia catat angka melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan lebih 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes, Thailand 2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 261,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.19 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 776,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 613,000 kes, India lebih 467,000 kes, Mexico lebih 293,000 kes, sementara Rusia mencatat lebih 266,000 kes kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 87,000 kes ialah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 48,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!